PERHATIAN: Kepada Anda Usahawan Internet. Adakah Anda Kecewa Dengan Hasil Perniagaan Internet Yang Tidak Menguntungkan? Jadi Nak Tahu Bagaimana Nak Membuatkan Orang Membeli Produk Bisnes Online Anda?

"Saya telah LIMA (5) kali GAGAL dalam perniagaan Internet walaupun dengan trafik yang tinggi TETAPI dengan Rahsia Web Copy yang saya pelajari ini saya telah BERJAYA mendapat jualan RM 1,927.00 PERTAMA dan pernah mendapat jualan pukal bernilai RM 23,000.00 dari Brunei. Rahsia Web Copy mengubah 100% perniagaan Internet saya!..."

Oleh: Haryzat Zulzahary
Dari Kekunci Komputer Haryzat
Lokasi: Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tarikh:
Kepada Anda Pemilik Bisnes Online,
Hi! saya Haryzat dari Haryzat dot Com. Apa khabar? Saya harap anda sihat di samping keluarga dan insan tersayang. Hmm baiklah. Sebelum saya mulakan, adakah anda tidak happy dengan hasil bisnes online anda? Produk yang anda jual tiada siapa yang beli? Ataupun untung yang anda dapat terlalu sedikit sampai tak cukup nak cover kos modal dan hosting. Relaks! jangan pening kepala. Saya tahu anda menaruh harapan yang tinggi untuk kejayaan bisnes online anda. Ini terjadi bukan kepada anda seorang sahaja. Ramai di luar sana yang pergi ke bengkel perniagaan Internet dan teruja memulakan bisnes online mereka tetapi akhirnya give up kerana tiada pembeli. Saya juga dulu begitu. Bisnes online bukan semudah yang anda sangkakan. Terdapat pelbagai sebab untuk anda gagal. Tetapi jika laman web anda mempunyai pengunjung dan masih tiada pembeli anda wajib baca setiap perkataan di bawah hingga akhir kerana saya ada penyelesaiannya. Anda boleh mengetahui dengan pantas mengapa anda masih GAGAL menjual produk / perkhidmatan anda di Internet sebelum ini. Tetapi sekarang saya ingin bertanya pada anda.
Jika jawapan anda adalah "Ya!" saya akan tunjukkan anda bagaimana cara untuk anda mencapainya.
Jadi anda mahu menjual produk dan perkhidmatan di Internet, anda wajib tahu apakah yang boleh membantu anda membuat jualan secara maya. Dalam masa 5 minit apabila anda baca setiap perkataan di bawah anda dapat menyingkap rahsia-rahsia yang boleh digunakan untuk menjual produk anda dengan laris!
Apakah faktor X yang menjadikan sesuatu produk itu laku dan laris bagai pisang goreng panas di Internet? 100% jawapannya ada disini! Teruskan membaca...
Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul - Usahawan Internet Terkemuka (www.SmartUsaha.com)
10%, 20% Atau Mungkin 50% Dari Pengunjung Laman Anda Membeli Produk Yang Anda Jual Tanpa Perlu Langsung Anda Bersemuka Dengan Mereka!
Mungkin anda masih tidak percaya ataupun saya keterlaluan berkata demikian tetapi ianya tidak mustahil sekiranya anda betul-betul menguasai teknik yang betul! Berikan saya masa anda 5 minit dari 1440 minit anda hari ini dan anda akan menyedari betapa pentingnya anda mempelajari seni dan teknik yang saya ada ini untuk kejayaan perniagaan Internet anda. Selepas ini antara yang dapat anda tahu...
- Bagaimana menggunakan teknik psikologi yang tanpa dikesan oleh bakal customer anda untuk menyuruh mereka beli, langgan newsletter dan setuju mengikut apa sahaja arahan anda.
- Cara matematik mengukur kemampuan laman web anda menjual dan kemudian dengan mudah meningkatkan lagi hasil jualan.
- Sebab-sebab mengapa orang lain dengan mudah menjual produk mereka di Internet dengan laku sekali sedangkan anda terkial-kial untuk mendapat jualan pertama anda.
- Perbezaan antara cara menjual offline dengan cara menjual online
Disini saya ada kisah sebenar untuk dikongsikan bersama anda...
Pada penghujung tahun 2006 saya telah memulakan perniagaan Internet saya yang pertama setelah menghadiri bengkel perniagaan Internet di ibu negara. Perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual buku Travel Guide untuk pelancong yang ingin bercuti atau datang ke Malaysia. Saya begitu bersemangat dengan perniagaan Internet pertama saya. Setelah semua kerja mereka bentuk selesai saya pun mula mempromosikan laman web tersebut.
Minggu pertama habis saya peruntukkan waktu siang dan malam untuk kerja-kerja mempromosikan laman web jualan saya itu di merata-rata forum dan ceruk Internet. Walaupun nampak perubahan pada kadar kunjungan tetapi saya masih gagal menjual walau satu naskah pun panduan pelancong tersebut. Namun saya tetap bersemangat.
Minggu kedua juga tetap sama. Walaupun bilangan pengunjung ke laman saya bertambah tetapi saya tetap tidak berjaya mendapat pembelian yang pertama. Perkara ini berlarutan hingga sebulan. Saya mula berfikir...
"Apakah yang tak betul sekarang ni? Kenapa orang tak nak beli?"
3 bulan tanpa hasil saya terus give up! Jika laman web jualan saya tiada pengunjung saya tidak hairan mengapa tiada pembeli, tetapi ini lain pula yang jadi. Laman web jualan saya secara purata mendapat 100 hingga 160 pengunjung unik sehari tetapi 0 jualan!
Lantas saya beranggapan produk yang saya jual tersebut tidak menarik dan gagal mendapat sambutan. Saya kemudian bertukar produk. Dengan berbekalkan semangat yang masih ada saya bangunkan pula perniagaan Internet saya yang kedua. Kali ini saya menjual CD multimedia belajar Quran.
Sama seperti perniagaan Internet saya yang pertama, setelah 6 bulan menjalankannya saya masih GAGAL LAGI mendapat sebarang jualan. Bahkan kali ini lagi parah apabila saya menggunakan perkhidmatan pengiklanan Google Adwords . Duit saya habis macam air bayar kos iklan tetapi hasil... mengecewakan!
Dengan 2 kegagalan dalam tangan saya mengambil keputusan untuk berhenti dahulu dari menjalankan perniagaan Internet. Saya buntu dan kecewa dengan keadaan pada waktu itu. Tiada apa yang dapat menerangkan kegagalan saya.
Setelah beberapa bulan saya kembali semula untuk mencuba lagi. Kali ini saya telah melakukan sedikit perubahan teknik pemasaran saya. Saya menawarkan tawaran istimewa dengan pemberian hadiah percuma dan juga potongan harga. Sekali lagi dengan khidmat Google Adwords laman web jualan saya mendapat kunjungan ramai. Dan akhirnya...
Jangan ingat saya sudah berjaya. Saya masih GAGAL lagi. Tidak ada seorang pun membeli CD mulitmedia belajar Quran saya.
3 kali gagal dan tiada apa yang tinggal untuk saya terus menjalankan perniagaan Internet ini. Saya sudah mula hilang kepercayaan pada kuasa pemasaran Internet. Jika anda ingin tahu saya pernah menawarkan harga tidak masuk akal untuk CD multimedia belajar Quran saya iaitu RM13.00 satu unit walhal harga kos sahaja RM20.00 seunit
Untuk mengelakkan pembaziran duit sewa hosting saya pun memikirkan apakah yang boleh dijual lagi di Internet. Cubaan keempat saya adalah menjual template blog. Malas nak cerita perniagaan jual template blog juga lingkup. Lantas saya berkata pada diri saya, "Memang bukan rezeki aku bisnes online ni..."
Melihat kepada cerita-cerita tentang kejayaan usahawan-usahawan Internet yang lain saya jadi hairan. Bagaimana mereka dengan mudah menjual ebook mereka sehingga mencecah hasil jualan 5 angka sedangkan saya satu sen pun susah nak dapat! Lantas saya menghantar satu email kepada seorang usahawan Internet tempatan yang sudah berjaya untuk bertanyakan pandangan dan pendapat tentang kegagalan saya. Syukur email saya dibalas dan beliau memberikan pandangan dan panduan menyelesaikan masalah dan kesilapan yang tidak terkesan ini. Beliau memberikan satu versi surat jualan/ web copy tulisan beliau untuk digunakan pada produk CD multimedia belajar Quran saya.
Setelah menggantikan web copy semasa saya dengan web copy tulisan beliau, jujur saya katakan 5 minit kemudiannya saya telah berjaya mendapat pembelian pertama! Saya gembira bukan kepalang dengan kejayaan kecil ini. Saya pulang ke rumah dengan gembira dan puas. Tetapi keesokkan paginya adalah lebih baik. Buka sahaja akaun emel saya, Nah! 8 tempahan pembelian telah tersedia. Saya berasa begitu bersyukur kerana akhirnya saya berjaya juga memperbetulkan kesilapan saya. Di dalam hati saya berkata, "Ternyata seni dan teknik penulisan web copy yang betul juga adalah penting untuk menentukan kejayaan perniagaan Internet". Saya kemudiannya telah mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang web copy dan mempelajari serta mempraktikkan teknik-teknik menulis web copy yang berkesan lagi mampu melakukan jualan. Syukur sekali lagi pada bulan tersebut saya berjaya memperoleh hasil jualan 4 angka pertama saya iaitu RM1,927.00.
Dari pengalaman dan cerita saya ini, saya harap anda dapat menilai sejauh mana pentingnya web copy untuk perniagaan Internet anda. Ini bukan cerita rekaan untuk mengujakan anda tetapi inilah jawapan dan cara untuk anda menjawab ketiga-tiga persoalan di awal tadi. Kepada anda yang masih tidak tahu apakah web copy, saya akan ceritakan. Web copy, salesletter atau surat jualan adalah benda yang sama digunakan dengan tujuan untuk menjual. Cuma web copy lebih khusus digunakan khas untuk menjual menggunakan laman web. Ianya berasal dari 2 patah perkataan inggeris iaitu web dan copywrittng. Web copy adalah perkataan yang ditulis dan disusun menjadi suatu ayat yang menjual.
Web copy walaupun anda fikir anda tahu untuk menulisnya, anda tahu untuk mengolahnya tetapi jangan pandang remeh. Web copy tidak semudah yang disangkakan untuk menulisnya. Jika anda fikir anda boleh meniru web copy usahawan Internet yang berjaya dan berharap dapat menghasilkan jualan yang hebat seperti beliau anda silap. Anda hanya meniru tulisan web copy nya sahaja tetapi tidak resepi rahsia menulis web copy nya. Terdapat pelbagai cara dan petua yang harus anda pelajari demi memastikan ianya dapat memujuk pelanggan anda membeli atau melakukan apa yang anda ingin mereka lakukan. Jika anda fikir ianya mudah, fikirkan sekali lagi. Cuba pengetahuan anda tentang web copy di bawah ini:
Jadi bagaimana? Adakah anda tahu sebahagian dari perkara web copy yang saya tanya? Ini adalah sedikit jika dibandingkan dengan bertimbun lagi teknik-teknik dan rahsia menulis web copy yang berkesan. Maaf, sekali lagi saya tanya, adakah anda tahu mengenai 5 perkara yang saya tanyakan sebentar tadi. Jika jawab anda "Tidak" maka anda umpama membiarkan emas di depan mata tanpa sedikit pun boleh mengambil dan memilikinya. Oleh itu anda perlu tahu bagaimana menulis web copy yang bagus. Di bawah ini saya sertakan pengetahuan asas yang wajib anda tahu sebelum anda boleh menulis huruf pertama web copy anda.
Kunci asas menulis web copy adalah terdiri daripada beberapa perkara iaitu:
- Penguasaan Bahasa - Mahir dan dapat menggunakan sesuatu bahasa dengan baik
- Gaya penulisan peribadi - Penulisan web copy haruslah seperti gaya anda bercakap 1 to 1
- Permainan psikologi - Secara zahirnya kita merancang pembelian tetapi akhirnya membuat keputusan mengikut nafsu
- Buat rujukan - Rujukan adalah penting untuk mengasah seni dan kreatif web copy anda
|
||||||
Tidak mempelajari dan menguasai teknik menulis web copy yang betul amatlah merugikan anda. Pelanggan datang mengunjungi laman jualan anda tetapi beredar begitu sahaja tanpa membeli produk yang anda tawarkan. Bahkan mereka beredar tidak sampai 2 saat. Apa yang anda perolehi? hanyalah kerugian semata-mata. Ingat anda menjalankan perniagaan Internet. Sesuatu perniagaan hanya akan dikatakan perniagaan apabila ada proses jual beli. Jadi jika tiada orang yang membeli produk anda, apakah ianya dipanggil perniagaan?
Mengapa anda masih gagal menjual produk anda sedangkan orang lain DENGAN MUDAH produk mereka laris dibeli 24/7?
Ini kerana anda tidak belajar bagaimana untuk menulis ayat yang memujuk orang membeli di Internet . Anda tidak sedar bahawa untuk menjual di Internet ianya memerlukan seninya tersendiri. Teknik psikologi, gaya bahasa dan apa yang berkesan dalam pemasaran offline tidak pada sama berkesannya dalam pemasaran online. Pemasaran Internet memerlukan masa yang tepat dan alat yang betul untuk anda menjual produk anda. Ramai yang beranggapan mereka betul apabila menulis web copy yang dari awal mendesak prospek untuk membeli. Itu adalah salah. Web copy yang bagus hanya akan mula menjual produk anda apabila anda sudah menceritakan kebaikan dan faedah-faedah menggunakan produk anda. Jangan membuta tuli menjual produk anda.
Ada juga yang silap apabila membuat laman web perniagaan mereka seperti papan iklan. Ingat jangan sesekali menjadikan laman web dan web copy anda seperti iklan. Buatkan ianya seperti sumber maklumat dan fakta yang berguna kepada pengunjung laman anda. Mengikut kajian yang dijalankan pembaca laman web (web copy) akan cepat-cepat lari dari iklan. Ini kerana dalam kehidupan seharian mereka sudah banyak disuapkan dengan iklan-iklan dari TV, surat khabar, radio dan tak kurang juga spam-spam yang tak berguna. Untuk berhadapan dengan satu bentuk iklan lagi dari anda adalah amat membosankan lantas dengan pantas mereka beredar dari laman web perniagaan anda.
Tidak kurang juga usahawan Internet seperti anda yang gagal dari mula lagi apabila menulis web copy. Mereka gagal untuk membuatkan pengunjung laman membaca walaupun sebaris kandungan web copy mereka. Keadaan ini terjadi salah satu sebabnya adalah kerana teknik menulis headline yang salah sama sekali. Ramai yang tahu terdapat 13 jenis headline web copy yang berkesan (saya akan ajar anda 15) tetapi mereka tidak tahu bagaimana menggunakannya dan tidak tahu yang mana satu yang sesuai dengan produk mereka. Bertambah teruk lagi apabila mereka tidak tahu teknik headline 3H seperti yang saya dan usahawan Internet berjaya lain tahu. Teknik headline 3H ini membantu anda dalam tiga perkara iaitu:
- Menarik perhatian prospek untuk berhenti di laman web perniagaan anda
- Memberitahu prospek peluang dan tawaran menyelesaikan masalah yang mereka hadapi
- Menyokong kenyataan anda dengan bukti dan sekaligus membuatkan prospek teruja dan mula membaca kandungan web copy anda sehingga habis
Selain kesilapan-kesilapan yang saya nyatakan tadi, terdapat juga yang lebih parah apabila format asas web copy pun mereka tidak faham. Bertambah kritikal lagi apabila web copy dan laman web perniagaan mereka memeningkan kepala apabila dibaca. Untuk membuatkan web copy anda lebih mudah dibaca dan diimbas serta selesa anda perlu mematuhi beberapa perkara seperti warna tulisan, margin web copy, latar belakang laman dan juga jenis-jenis tulisan. Harus diingat warna tulisan web copy haruslah warna hitam atau gelap berlatar belakangkan warna putih sebaik-baiknya ataupun warna cerah. Jenis-jenis tulisan yang berkesan adalah seperti Verdana, Arial, Georgia, Tahoma dan Courier New .
Walau bagaimana pun tidak semua usahawan Internet yang melakukan kesalahan di atas tetapi yang peliknya mereka masih gagal. Mengapa? Kerana mereka melakukan terlalu banyak kesilapan di dalam menulis web copy selain dari yang saya nyatakan. Terdapat banyak kesalahan besar yang masih belum saya bincangkan dengan anda. Anda nak tahu?Jangan risau anda dapat mengetahuinya sejurus selepas ini. Oh! sebelum saya terlupa, terdapat juga 19 perkara kecil yang boleh mengakibatkan kesan yang besar dan NEGATIF pada perniagaan Internet anda. Antaranya adalah terlupa meletakkan no telefon, tandatangan yang tidak berwarna biru dan tidak menggunakan drop cap. Jangan kerana perkara kecil ini boleh mengakibatkan ANDA RUGI BESAR!
|
Dan jika perniagaan Internet anda tidak mendatangkan hasil yang lumayan ataupun tiada jualan langsung anda jangan bersedih. Percayalah bahawa ANDA TELAH MENEMUI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK!
Mengapa saya katakan anda telah menemui jalan penyelesaian terbaik adalah kerana saya telah menghimpunkan segala dari A - Z tentang cara menulis web copy yang berkuasa dan boleh menjual produk anda. Maklumat buku ini bukan maklumat yang saya terfikir semalam lantas saya jadikan buku tetapi kerja-kerja kajian dan ujian untuk maklumat buku ini mengambil masa bukan sehari dua tetapi 2 tahun sebelum saya melengkapkannya. Kesemuanya telah disatukan menjadi buku yang bertajuk...
Haryzat, anda sudah dedahkan segalanya tentang rahsia utama untuk menjual di Internet. Rahsia ini yang menentukan sama ada sesuatu laman web boleh bertindak menjadi jurujual untuk usahawan atau tidak. Rahsia web copy merupakan buku yang wajib dibaca bagi mereka yang ingin menjual di Internet. Kebanyakan usahawan Internet yang gagal menjual disebabkan kegagalan dalam menampilkan "nafsu membeli" menerusi sales copy laman web. Tahniah buat Haryzat kerana kajian yang teliti dan penuh dengan maklumat ini.
Mohd Shamsuriyadi Mamat - Usahawan Internet Berpengalaman (www.Shamsuriyadi.com)
Rahsia Web Copy -Teknik Sebenar Jutawan Internet Menjual Apa Sahaja Secara Online
|
Rahsia Web Copy ini diterbitkan di dalam bentuk buku fizikal yang boleh dibaca di mana-mana samada sambil menonton TV ataupun berbaring diatas katil dan dicetak dengan kertas berkualti tinggi (bukannya ebook) . Buku ini 100% ditulis berdasarkan pengalaman sebenar saya dalam menjalankan perniagaan Internet dan bukannya maklumat 'biasa-biasa'. Segala teknik dan tip yang dimuatkan adalah telah diuji keberkesanannya untuk kegunaan saya sendiri dan sekaligus mengelakkan anda dari membuang masa mencuba perkara yang tidak perlu. Jika anda berfikiran buku ini dan kandungannya sama dengan buku-buku perniagaan Internet lain yang telah anda beli dan tidak mendatangkan hasil, anda silap. Bukan saya hendak berkata takbur atau meninggi diri dengan buku saya tetapi saya juga seperti anda. Saya juga pernah membeli buku-buku dan ebook tentang perniagaan Internet tetapi apa yang mengecewakan kebanyakkannya hanya mengandungi info-info umum dan tiada yang betul-betul yang boleh dikatakan 'Rahsia'. Oleh itu saya telah pastikan kandungan buku Rahsia Web Copy ini 100% mengandungi maklumat-maklumat yang terperinci dan berguna kepada anda serta ianya bukan sahaja maklumat asas yang boleh diperolehi dengan mudah. Berikut saya tunjukkan anda bab-bab yang terdapat di dalam buku Rahsia Web Copy tetapi sebelum itu lihat apa kata pencipta mininiaga yang famous ini, Adly FlareBiz...
Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada saudara Haryzat Zulzahary kerana menerbitkan buku ini. Kini pemahaman saya mengenai kuasa web copy lebih tinggi berbanding waktu dahulu. Beliau membongkarkan segala tip mengenai konsep web copy daripada peringkat asas iaitu teknik merangka penulisan sehingga ke tahap ‘advance’ iaitu memastikan laman web anda menghasilkan jualan secara maksimum.
Buku Rahsia Web Copy ini juga menyediakan maklumat kritikal dalam perniagaan iaitu penjenamaan / branding. Buat pengetahuan anda, penjenamaan merupakan perkara yang sentiasa diketengahkan oleh para usahawan bagi membuatkan perniagaan mereka dipercayai, mendapat respons yang positif dan mudah diingati.
Jika anda betul-betul serius untuk menjadikan laman web anda sebagai mesin jualan, maka buku ini wajib dijadikan sebagai rujukan.
Adly a.k.a Labanon - Co-Founder Syarikat IM FlareBiz Network (www.FlareBiz.com)
Saudara sekalian,
Adalah tidak adil untuk anda tidak melihat apa isi kandungan buku saya ini. Untuk membantu anda membuat penilaian, saya ceritakan serba sedikit mengenai bab-bab yang terkandung di dalam buku Rahsia Web Copy.
Snippet Kandungan Buku Rahsia Web Copy:
Bahagian 1: Pengenalan
Bab 1 Pengenalan Web Copy
Pada bab ini anda akan diberitahu tentang pengenalan web copy dan kegunaanya di dalam perniagaan Internet. Anda juga diajar asas-asas awalan menulis web copy.
Bahagian 2: Konsep Asas Penulisan Web Copy
Bab 2 Memahami Konsep Asas Penulisan Web Copy Yang Menjual
Bab 2 ini memberi anda panduan dan melihat konsep asas dari pelbagai sudut sebelum anda mula menghasilkan web copy yang boleh menjual produk anda.
Bahagian 3: Kuasa Psikologi
Bab 3 Penggunaan Psikologi Dalam Penulisan Web Copy
Penggunaan psikologi dan emosi di dalam menulis web copy amatlah penting. Justeru itu pada bab ketiga ini anda akan diajar dengan pelbagai sains psikologi yang bakal memujuk para pelanggan untuk membeli produk anda. Antara teknik yang terkandung di dalam bab ini adalah teknik NLP, Trifecta dan banyak lagi.
Bahagian 4: Merangka Isi Kandungan Web Copy
Bab 4 Mencipta Cetakan Biru Web Copy Anda
Di bab ini saya akan menunjukkan anda bagaimana anda boleh merancang dan menulis dari zero hingga siap satu draf web copy yang berkuasa untuk menjual. Cetakan biru ini akan membina surat jualan yang mengikut acuan dan keperluan produk anda sendiri.
Bahagian 5: Mula Menulis Web Copy Anda
Bab 5 Panduan Langkah Demi Langkah Menulis Web Copy
Panduan langkah demi langkah ini disusun untuk menjadikan proses penulisan web copy lebih mudah dan tepat. Blok aliran yang terdapat di dalam bab ini juga membantu anda dari hilang arah untuk menulis web copy secara teratur dan berperingkat.
Bahagian 6: Pastikan Menjadi
Bab 6 Memastikan Web Copy Anda Boleh Melakukan Jualan
Bab 6 ini dirangka khusus bagi memastikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan Internet di dalam menulis web copy tidak berlaku pada anda. Dengan bab ini juga dapat mengelakan anda dari membuang masa mencari kesilapan yang tak terkesan.
Bahagian 7: Sentuhan Terakhir
Bab 7 Masa Untuk Menjana Keuntungan Dari Laman Web Perniagaan Anda
Kandungan bab ini menunjukan bagaimana anda boleh memaksimakan penjualan produk anda melalui pelbagai cara.
Bahagian 8: Web Copy Anda Gagal? Pelan Kecemasan
Bab 8 Pelan Kecemasan Memperbetulkan Web Copy Anda
Seringkali apabila usahawan Internet gagal atau pun mendapat hasil jualan yang kurang memberangsangkan, mereka hilang punca untuk menyelamatkan perniagaan Internet mereka. Oleh itu pelan kecemasan ini dirangka bagi membolehkan anda mengetahui apakah yang perlu dilakukan sekiranya web copy anda gagal.
Contoh Dan Panduan
Web Copy Hasil Tulisan Oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan
Contoh web copy hasil tulisan dua usahawan terkemuka negara yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Dengan contoh dan panduan ini anda sedikit sebanyak dapat gambaran web copy yang bagus.
Ekstra: Penjenamaan Laman Web Perniagaan Anda
Bagaimana Membuatkan Laman Web Perniagaan Anda Mudah Diingati
Serba sedikit tip-tip dan teknik yang boleh digunakan untuk memudahkan laman web perniagaan anda diingati. Antaranya adalah panduan memilih nama domain yang sesuai dan catchy.
Untuk pengetahuan anda bab 3 sahaja sudah mampu untuk membuatkan pengunjung tidak sabar-sabar untuk membeli produk anda. Ianya akan menimbulkan pelbagai emosi yang membuatkan pengunjung anda berasa rugi dan takut ketinggalan jika tidak dapat membeli produk anda. Yang lebih penting lagi adalah ianya amat jarang diajar di dalam bengkel-bengkel dan seminar perniagaan Internet di luar sana. Tidak hairanlah ianya menjadi kegemaran saudara Amirul Hafiz. Lihat screen shot akaun Facebook saya.
|
||
|
Seterusnya bab 4 akan mengajar anda menulis web copy yang menjual mengikut cara dan lenggok anda sendiri. Cetakan biru web copy adalah pati kejayaan perniagaan Internet anda sekaligus memastikan anda tidak membuang masa dengan kesilapan-kesilapan remeh menulis web copy. Jika hendak dibandingkan hanya dengan 2 bab ini sahaja ianya akan lebih bernilai dari yuran bengkel perniagaan Internet dan anda akan mengakuinya apabila mula mempraktikan teknik-teknik yang ada di kedua-dua bab tersebut. Serius!
Ragu-ragu dengan kata hati anda? Baiklah saya akan berikan 2 bab PERCUMA! Berikan emel anda di bahagian atas kanan laman ini dan saya akan hantar pada anda sekarang.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah anda akan memperoleh kebaikan dan faedah dari buku ini. Jika ini yang berlegar difikiran anda, saya senaraikan sedkit dari banyak faedah yang anda perolehi dalam memperbaiki web copy dan perniagaan Internet anda.
Secara pantasnya dengan buku ini anda akan dapat...
- Mempelajari teknik-teknik psikologi yang berkuasa. Jadi anda mampu membuatkan pengunjung laman tidak dapat lari dari membeli produk anda.
- Menentukan harga yang dapat memikat pembeli untuk membeli. Oleh itu produk anda akan lebih mudah laris.
- Mengenali prospek lebih dalam. Dengan ini anda akan dapat mengetahui apakah yang diperlukan mereka dari produk anda.
- Mengetahui apakah halangan-halangan yang dihadapi pembeli dari membeli produk anda. Dengan mengatasi halangan-halangan ini anda dapat menghilangkan rasa ragu-ragu pembeli terhadap produk anda.
- Mengetahui 99 perkataan berkuasa. Jadi anda tahu perkataan mana yang sesuai anda gunakan di dalam menulis web copy anda untuk memujuk pembeli membeli produk anda.
- Merancang, merangka dan mula menulis web copy anda sendiri dengan tepat dan betul tanpa perlu merisikokan kejayaan perniagaan Internet anda.
- Tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk dijadikan alat bantu jualan bagi produk anda.
- Membina senarai mailing list. Dengan senarai mailing list anda lebih mudah untuk melakukan promosi produk anda.
- Menguasai minda separa sedar pembeli melalui arahan bertindak. Keadaan ini akan memudahkan prospek mengikut kehendak anda.
- Mengelak anda dari terus melakukan kesilapan yang tidak terkesan.
- Mengenali cara promosi yang berkesan dan ekonomi.
- Menjadikan laman web perniagaan anda mudah diingati.
- Tahu bila waktu sesuai untuk menggunakan perkataan "PERCUMA"
- Waktu berehat dari menulis web copy. Dengan waktu rehat yang betul anda dapat menghasilkan web copy yang lebih bermutu dan segar.
- Contoh dan bentuk ayat yang boleh digunakan.
- 15 jenis-jenis headline.
- Bagaimana membentuk headline yang POWER menggunakan Teknik 3H. Headline yang bagus dapat memerangkap prospek untuk melekat pada laman web anda serta merta.
- Pelan kecemasan sekiranya web copy anda tidak menjadi. Ini penting kerana tanpa pelan kecemasan ini boleh menyebabkan anda GAGAL terus dan GIVE UP!
- Dan banyak lagi...
Ini adalah sedikit jika dibandingkan dengan banyak lagi kebaikan yang akan anda perolehi daripada buku ini. Saya bukan bercakap kosong atau sengaja menimbulkan keadaan hype pada anda (tidak tahu makna hype? Lihat bab2 halaman 13) tetapi dengan 216 jumlah halaman pada buku ini, masih banyak lagi teknik-teknik web copy yang saya sertakan. Buku Rahsia Web Copy ini bukan sahaja mengajar anda tentang menulis web copy bahkan lebih dari itu. Ianya hampir merangkumi kesemua elemen penting di dalam perniagaan Internet.
Sememangnya Rahsia Web Copy adalah antara buku tentang perniagaan Internet yang terbaik yang pernah saya baca. Selepas membacanya, saya akui saya sendiri telah melakukan kesilapan besar dalam menggunakan teknik penulisan. Ya! sebelum ini saya memandang enteng tentang peranan psikologi serta gaya penulisan dalam web copy. akibatnya, saya mengalami kerugian besar serta pelawat hanya berkunjung sahaja tanpa melakukan pembelian.Juga tip dan panduan dalam buku ini sesuai untuk diguna pakai dalam teknik pemasaran emel . Selepas ini, saya tak perlu risau untuk membina web copy yang berkesan dan lengkap selepas mengetahui "proven method" yang telah didedahkan oleh Haryzat dalam buku ini.
p/s - Oh ya tuan Haryzat, saya juga cadangkan supaya tuan terhadkan buku ini untuk terus dijual memandangkan saya sendiri pun agak risau sekiranya semakin ramai sudah tahu "provent method" ini...
Hasbul 'Aqill - Speaker Perniagaan Internet (www.HasbulAqil.com)
Anda harus dengar sini...
Mungkin saya ada kata tadi bahawa menulis web copy bukan hanya menulis membuta tuli. Ianya adalah satu bentuk sains psikologi. NLP adalah satu bentuk sains psikologi yang anda dapat belajar dari buku saya. NLP singkatan dari perkataan Neoro Linguistic Programme. Ianya adalah satu model komunikasi interpersonal yang ditemui oleh Richard Bandler pada tahun 1970-an. NLP ini kegunaannya adalah untuk mengetahui dan memanipulasikan fungsi otak. Ianya boleh membuatkan si pembaca ayat NLP mengikut arahan ayat NLP tersebut secara tidak sengaja. Sebagai contoh
"Saya masih risau, bilakah ANDA INGIN MEMILIKI buku Rahsia Web Copy ini?"
Buat anda yang pernah menulis web copy sendiri tetapi sering mengalami hilang tujuan dan arah semasa menulis, kini tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menyediakan blok di bawah yang menunjukkan keseluruhan proses menulis sesebuah web copy perniagaan Internet agar anda tidak hilang panduan dan dapat mengikut proses yang betul dan teratur.
|
Sekarang mari bersama saya meneroka Rahsia Web Copy yang hanya segelintir sahaja yang tahu sepenuhnya...
Berita baik buat anda. Anda tak perlu bersusah payah seperti saya yang terkial-kial mencari maklumat tentang web copy di Internet, perpustakaan, menebalkan muka bertanya dan belajar dari usahawan Internet yang tiada masa untuk anda, mengeluarkan wang ringgit untuk buku-buku copywriter dan Internet marketing yang mahal tetapi belum menjanjikan hasilnya dan yang paling berharga masa yang tak akan berulang untuk dibazirkan.
Semuanya telah saya sediakan dengan begitu lengkap sekali dan amat memudahkan anda. Anda tak perlu GAGAL lima kali seperti saya sebelum boleh berjaya membuat jualan pertama dan memperolehi pendapatan 4 angka dari Internet.
Cuma apa yang perlu anda buat adalah dengan melakukan sedikit pelaburan yang saya jamin memberikan pulangan seumur hidup anda...
![]() |
| Harga Asal: | |
| Harga Khas Untuk Anda Termasuk Penghantaran Ke Semenanjung: | RM47.00 |
| Harga Khas Untuk Anda Termasuk Penghantaran Ke Sabah, Sarawak: | RM52.00 |
Buku ini bernilai RM39.90 tidak termasuk kos penghantaran. Harga RM39.90 tidaklah membebankan jika dibandingkan harga 2 tiket wayang yang akan hilang keseronokannya ataupun harga sehelai jersi bola sepak yang akan ketinggalan musim. Jika dihitung dalam setahun anda hanya mengeluarkan 10.9 sen sehari untuk memperolehi buku ini. Apalah nilai sebanyak itu yang boleh anda beli ketika ini dibandingkan dengan buku yang saya jamin akan memberi faedah dari segi keuntungan perniagaan Internet anda. Lebih baik lagi anda hanya perlu membuat pelaburan ini hanya sekali seumur hidup untuk ilmu berharga yang tahan selamanya.
|
Saya tidak takut untuk mengatakan buku saya ini memang akan memenuhi keperluan dan harapan yang anda letakkan terhadapnya demi perniagaan Internet yang berjaya dan menguntungkan. Oleh itu jika anda tidak berpuas hati setelah memiliki buku ini saya akan memulangkan kesemua wang yang telah anda laburkan dan anda hanya perlu poskan kembali buku kepada saya.
Dengan jaminan diatas anda sekali gus...
- Tidak akan rugi dengan setiap sen yang anda keluarkan
- Tidak akan mendapat produk yang tidak berkualiti
- Tidak akan rasa tak berpuas hati
- Tidak akan rasa tertipu
Selain itu sebagai tanda penghargaan kepada anda disini saya ingin berikan anda peluang untuk memenangi satu hadiah dari saya. Adakah anda pernah mendengar satu CMS minisite yang diberi nama mininiaga? Jika pernah bagus dan saya percaya anda pasti inginkan satu. Mininiaga ini dihasilkan oleh kumpulan pemuda dari team FlareBiz dimana dengan sistem ini mereka telah banyak membantu memudahkan urusan perniagaan usahawan-usahawan Internet tempatan. Sistem ini berharga RM199 untuk sistem menjual produk fizikal dan RM249 untuk sistem menjual produk digital tetapi pada hari ini anda berpeluang mendapat mana-mana satu sistem mininiaga secara PERCUMA!
|
Miliki buku Rahsia Web Copy hari ini, jawab soalan, beri komen dan anda berpeluang untuk memenangi CMS mininiaga. Tawaran saya sah buat sementara waktu!
Ya! Anda hanya perlu membuat tempahan buku Rahsia Web Copy pada hari ini dan apabila selesai membacanya, jawab soalan kuiz yang muncul dari laman ini dan beri komen. Tawaran ini saya buka kepada pembeli buku Rahsia Web Copy di laman ini sehingga12 malam 25.8.2010. Kemudian saya akan memilih seorang pembeli bertuah untuk dinobatkan sebagai pemenang berdasarkan jawapan yang tepat serta komen yang bernas dan terbaik. Nama pemenang akan saya umumkan di facebook dan blog rasmi saya di www.Haryzat.com pada 26.8.2010 pukul 12 malam yang bersempena dengan birthday saya. So, apa lagi? rebutlah peluang anda. Untuk jawab soalan kuiz sekarang anda hanya perlu refresh page ini dan tunggu beberapa ketika.
Mengapa saya harus memiliki buku Rahsia Web Copy?
Mengapa anda harus memiliki buku Rahsia Web Copy? Kerana ianya wajib ada pada setiap meja komputer usahawan Internet seperti anda. Itu mungkin persoalan yang sedang bermain di fikiran anda selain hadiah mininiaga tadi. Baiklah saya akan senaraikan 8 sebab mudah mengapa ANDA harus memiliki buku Rahsia Web Copy.
![]() |
Rahsia Web Copy adalah satu-satunya buku fizikal Bahasa Melayu yang mengajar anda khusus menulis surat jualan laman web dengan lengkap dari mula hingga akhir. Walaupun terdapat banyak buku diluar sana yang mengajar mengenai surat jualan namun ianya tak sama dan tidak sesuai untuk digunakan untuk perniagaan Internet anda. Rahsia Web Copy dicipta khusus untuk anda menjual di Internet. Mengapa masih gunakan teknik yang tidak sesuai sedangkan ada yang lebih tepat? |
![]() |
Teknik dan sains psikologi yang merangsang pengunjung laman untuk membeli produk anda jarang atau mungkin lebih teruk lagi TIDAK diajar di bengkel-bengkel perniagaan Internet yang anda ingin hadiri. Kebiasaannya di bengkel tersebut anda mungkin akan diajar sedkit tentang AIDA. Apakah AIDA yang dimaksudkan? Lihat bab 5 halaman 67. Jadi dengan memiliki buku ini ia umpama memiliki 'missing chapters' |
![]() |
Konsep web copy dan segala yang ditunjukkan di dalam buku ini adalah yang telah saya uji dan proven method. Ianya diuji sepanjang masa untuk memastikan kita boleh menjual di Internet. Oleh itu anda tidak perlu buang masa untuk mencuba apa yang belum pasti menjadi untuk perniagaan Internet anda. |
![]() |
Di dalam buku Rahsia Web Copy ini saya juga ada sertakan template-template headline, potongan ayat dan contoh web copy supaya memudahkan kerja membina web copy produk anda. Anda hanya perlu menukarkan maklumat seperti nama produk dan sedikit pengubahsuaian sahaja. Jimat masa dan kurang sakit kepala. |
![]() |
Dengan buku Rahsia Web Copy juga anda tak perlu runsing memikirkan berapakah harga yang sesuai untuk produk anda. Saya telah terangkan dengan detail kesemua aspek mengenai topik harga produk dan bagaimana produk murah yang tak laku boleh laris dijual dengan harga mahal. Untuk pengetahuan anda teknik harga di dalam buku Rahsia Web Copy ini juga digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk memasarkan produk mereka. |
![]() |
Buku Rahsia Web Copy bukan semata-mata mengajar anda tentang cara menulis web copy tetapi turut juga menyentuh tentang topik-topik lain yang penting untuk menjayakan sesuatu perniagaan Internet. Dari topik memilih domain, pemasaran emel, JV, promosi sehingga lah ke hal penjenamaan laman web kesemuanya ada disertakan sekali di dalam buku ini. Kiranya apabila anda membaca buku ini, anda juga mempelajari tentang keseluruhan ilmu pemasaran dan perniagaan Internet itu sendiri! Ia umpama ' Internet Marketing All in 1' |
![]() |
Apa yang jarang ada pada panduan menulis surat jualan yang biasa adalah langkah-langkah yang perlu diambil apabila sesuatu surat jualan itu GAGAL MENJUAL! Oleh itu di atas kesedaran ini, saya telah merangka satu bentuk langkah kecemasan yang boleh anda ambil sekiranya web copy anda tidak memberangsangkan jualannya. Langkah-langkah yang terkandung di dalam pakej recovery ini adalah hasil kajian saya sendiri berdasarkan perniagaan Internet saya yang pernah GAGAL dahulu dan bagaimana saya memulihkannya. Juga terdapat satu jadual matematik yang boleh mengukur kemampuan web copy anda menjual di Internet! |
![]() |
Salah satu yang menjadi kebanggaan saya mengenai buku Rahsia Web Copy ini dan harus menjadi sebab untuk anda memilikinya adalah kerana ianya diterbitkan oleh salah satu syarikat publisher buku terkenal negara iaitu True Wealth Publishing yang dimiliki oleh tokoh dan penasihat kewangan popular Azizi Ali dan menjadi syarikat penerbitam di mana bernaungnya beberapa penulis best seller tempatan. Sebagai seorang penulis buku, untuk meletakkan karya di bawah jenama True Wealth bukannya mudah memandangkan kriteria utama mereka adalah maklumat yang diketengahkan hendaklah terperinci, teruji dan berkualiti. Setiap buku keluaran True Wealth Publishing melalui banyak fasa 'content and material quality control' termasuklah harus lulus ujian penilaian serius dari 3 penilaian dalaman True Wealth termasuklah Azizi Ali sendiri. Oleh sebab ini buku keluaran True Wealth terutamannya berkenaan topik kewangan, DIY, membina kendiri dan handbooks amat digemari pembaca di Malaysia. P.S: Buku Rahsia Web Copy adalah buku terbitan True Wealth! |
Anda boleh mendapatkan apa yang saya tawarkan ini daripada copywriter yang profesional tetapi bayaran yang dikenakan mungkin 100 kali ganda dari harga buku Rahsia Web Copy saya. Rahsia Web Copy hanya berharga RM39.90 sahaja. Bayangkan penjimatan yang anda perolehi.Tambahan lagi jika anda membuat tempahan hari ini anda boleh berpeluang untuk menang CMS mininiaga.
Saya rasa saya tidak perlu lagi meyakinkan anda betapa pentingnya buku Rahsia Web Copy ini kepada perniagaan Internet anda. Setelah ramai yang mengakui buku Rahsia Web Copy ini bukan buku perniagaan Internet 'biasa' dan rahsia di dalamnya amatlah jarang dapat dipelajari, adakah anda masih mahu ketinggalan dengan tidak memilikinya hari ini? Jika anda rasa anda tidak sanggup untuk membuat pelaburan kecil RM39.90 pada hari ini bermakna anda sudah bersedia untuk kehilangan nilai wang ringgit yang lebih besar lagi pada masa hadapan.
Web Copy seumpama 'salesman' yang menjadi jurucakap untuk mempromosikan produk-produk kita secara online.Penulisan Salesletter memerlukan kemahiran kerana ia merupakan seni, anda memerlukan satu panduan khusus untuk membina 'salesletter yang membunuh' Saya percaya buku Rahsia Web Copy dari Haryzat ini mampu menjadi panduan untuk anda belajar membina salesletter sendiri. Ketahui rahsia bagaimana membina surat jualan yang mampu menarik perhatian pelawat sekaligus membuat jualan. Saya sendiri telah pun membaca buku ini dan amat kagum dengan perkongsian Haryzat mengenai Web Copy ini. Syabas Haryzat!
Abooain - IM berpengalaman (www.Abooain.com)
Daripada sesi perbualan kita hari ini, dapat kita ketahui bahawa dengan ilmu yang diperolehi dari buku Rahsia Web Copy, anda boleh...
![]() |
Membuat surat jualan dan web copy yang berkuasa anda sendiri dan boleh mula menjual dengan hebat di Internet. |
![]() |
Menggunakan dan memanipulasi kuasa psikologi dan emosi bakal pembeli produk. |
![]() |
Mencari kesilapan dan kesalahan serta menyelesaikan masalah perniagaan Internet anda yang tidak terkesan sebelum ini. |
![]() |
Mengkaji kemampuan menjual web copy anda sendiri. |
![]() |
Mengetahui pelan kecemasan dan apa yang perlu dilakukan jika web copy anda gagal. |
![]() |
Melipat gandakan keuntungan dari perniagaan Internet anda. |
![]() |
Dan yang paling penting dapat membahagiakan insan dan keluarga tersayang dengan hasil pendapatan jualan perniagaan Internet anda yang berjaya:) |
Sebelum saya akhiri sesi perbualan kita pada hari ini, ingin saya bertanya kepada anda buat kali terakhir.
Soalan saya adalah...
Apakah cita-cita atau impian yang ingin anda capai dengan hasil kejayaan perniagaan Internet anda? (tuliskan jawapan anda dibawah dan tekan butang di bawah tersebut) |
Baiklah, anda sudah beritahu saya apa impian anda tetapi kini saya risau, bila anda akan membuat tindakan? Lebih lambat anda memiliki buku Rahsia Web Copy ini lebih lambat lagi anda akan memperoleh kejayaan perniagaan Internet anda dan sekaligus melambatkan lagi peluang untuk impian anda menjadi kenyataan.Jadi, jangan berlengah lagi.
Buku ini begitu terperinci menerangkan tentang web copy. Banyak yang telah saya pelajari dari buku ini. Cara persembahan buku ini juga amat mudah dan menyenangkan. Sepanjang pengalaman membuat review, buku Rahsia Web Copy ini adalah TERBAIK!
Jebat Abd Kadir - IM terkemuka (www.MesraInternet.com)
Sila lihat cara-cara mudah di bawah untuk memiliki buku Rahsia Web Copy ini.
|
Demi Kejayaan Perniagaan Internet Anda.
Yang ikhlas,

Haryzat Zulzahary
www.Haryzat.com | +6019 3383 784
| P.S | Dengan semua faedah dan kebaikan serta jaminan yang anda perolehi, Adakah anda masih tidak mahu membaca Rahsia Web Copy? |
| P.S.S | Juga jangan lupa dengan hadiah mininiaga yang boleh anda menang sekiranya anda klik butang tempahan di atas. |
| P.S.S.S | Buku ini telah terjual dengan lebih 864 naskah dalam masa tak sampai 2 bulan. Ramai yang telah mengetahui rahsianya. Adakah anda masih mahu ketinggalan? Lihat mereka di bawah semua 'Like'... |
Daftar & Jana Pendapatan Tambahan
Saya memberi komisen sebanyak RM10 kepada anda jika dapat membantu membuat jualan satu naskah buku Rahsia Web Copy di Internet. Untuk mula menjana pendapatan sampingan ini sila klik butang daftar ejen di bawah dan copy paste link dan banner yang diberikan di dalam akaun affiliate anda di blog-blog, emel dan laman web anda. Anda dinasihatkan membuat promosi secara berhemah. SPAM adalah dilarang sama sekali.



Ianya telah ditulis dengan penuh panduan berkesan untuk menggunakan perkataan-perkataan berkuasa yang boleh menjual sebarang produk & perkhidmatan melalui laman web..


























Rahman Basri PanduanEmel.com
Cik Jaslina Ahmat Editor Penerbitan
Fahmi Sam MinisiteLands.com
Yani & Yana CoinLaundry
Amirol UsahawanRemaja